Friday, February 20, 2009

Bulan


Ini bukan puisi ...

Tuhan menjadikan bulan dengan ciptaan yang sunguh indah. Acap kali, bulan dilihat berkeadaan bulat penuh, terang dan memercikkan sinar. Di masa yang lain, bulan kelihatan seperti sabit. Ada masanya, bulan seolah kelihatan murung dan redup. Dan dikala perlu, bulan menyembunyikan dirinya. Hilang terus dari penglihatan. Tak dijumpai lagi, walau kita merenung lama ke langit.

Bulan pernah menjadi sumber inspirasi untuk sebilangan penulis. Juga menjadi sumber ilham kepada jurugambar atau pelukis. Ringkasnya, terlalu sarat mesej yang boleh dibawa oleh Bulan.

Pagi ini, aku berbicara dengan seorang ibu muda. Cerita sedih beliau terhadap penderitaan yang ditanggung, ekoran anak kecilnya yang sering, malah terlalu kerap sakit.

Seolah rasa kesal, kekesalannya akhirnya tidak dapat dibendung. Sungguhpun bernasib baik kerana mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab, beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan tekanan, lantas berderailah airmata, terjun deras mengalir ke pipinya. Aku tidak kaget, malah aku kagum. Aku memang menghargai airmata seorang wanita, biarpun setitis cuma.

Aku lantas teringat pada gambar bulan yang aku miliki. Dengan Nikkor Lens 70-300mm yang pernah ku pasangkan pada body Nikon tuaku, banyak yang boleh dikiaskan pada gambar bulan aku, selari dengan nasib yang menimpa ibu muda tersebut. Cuma aku tak larat mengolahnya ketika ini..

5 comments:

Anonymous said...

Boleh tukau gambar lain tak?
Gua letak gambar bulan lu letak gambar bulan...letak gambar dacing lerr...aparah.

Lu samseng la skarang bai, kalo brani pasir gudang minggu depan.

Jek said...

Maaf kan saya encik Abeja.. barangkali encik tersalah posting ke blog lain nie.. hehe

MazrulHisyam said...

Masing-masing taruk gambo bulan, gua nak taruk gambar tanduk lembu bolih?

Apalah korang, nak TT inform awal sikit la...senang gua buat schedule. Kawe nak juga tengok muka korang yg mcm adun lompat pari tue!

Anonymous said...

Tak payah ber encik2 dengan saya lah pakcik razak, saya masih muda lagi.

Saya malas nak cakap lebih2 kat sini, takut nanti cakap, budak2 tak reti hormat orang tua plak kannnn...

Bro Mazrul, Susah sangat nak ajak org TT sekarang maklumlah dah ada hobi baru " Tukang KASI Kambeng "

siannnn kambeng.

yusrihashim said...

tak yah la tulis bulan kat situ..tgk gambar pun tau tu bukan taik kambing...