Monday, May 25, 2009

Air Dah Tenang Kembali ..

Sikit hari dulu, air berkocak ganas
Hari ni aku sendiri dapati, air tersebut
telah tenang kembali ...

Aku dah `pindah rumah' sebenarnya ..
Tapi sesekali aku jenguk jugak rumah lama ku ini
Masih ada kawan2 yang sudi bertandang
Nantilah, aku isi juga ceritaku di rumah lama ini ..

Rumah baru ? Ala rumah papan jer, atap zink ...
Ni rumahnya http://jekvideo.blogspot.com

Saturday, May 23, 2009

Air Tenang Ada Bahaya ..

Aku tak berapa ingat satu pepatah Melayu
Tapi bila tulis benda ni, baru aku teringat balik
Pepatah tu kata air yang tenang, jangan disangka tiada buaya
Ertinya air yang tenang tu kadang-kadang ada bahaya

Jiwa aku dah lama tak tenang sebenarnya
Makan hari dan makan bulan
Cuma lepas `balik oversea' semalam
Baru lah hati aku mula tenang kembali

Aku tak pasti, apakah aku akan tenang lagi, mulai hari ini ..
Dan aku tak pasti, adakah aku dalam bahaya atau sebaliknya ..

Tuesday, March 24, 2009

Tenang

Credit Aizec kerana ajar cara 'tangkap' gambar ..

Tenang ..
Untuk hidup yang harmoni, kita perlukan ketenangan.
Bila ada ketenangan, fungsi akal akan jadi lebih baik.
Bila akal berfungsi baik, kita sepatutnya dapat memikirkan sesuatu.
Bila kita dapat fikir, keimanan sepatutnya bertambah
Bila iman bertambah, mujahadah melawan nafsu tambah kuat
Bila nafsu dapat dikekang, pertarungan menghampiri kejayaan

Sekian,
Jek melaporkan dari
Pontian, Johor

Friday, February 20, 2009

Bulan


Ini bukan puisi ...

Tuhan menjadikan bulan dengan ciptaan yang sunguh indah. Acap kali, bulan dilihat berkeadaan bulat penuh, terang dan memercikkan sinar. Di masa yang lain, bulan kelihatan seperti sabit. Ada masanya, bulan seolah kelihatan murung dan redup. Dan dikala perlu, bulan menyembunyikan dirinya. Hilang terus dari penglihatan. Tak dijumpai lagi, walau kita merenung lama ke langit.

Bulan pernah menjadi sumber inspirasi untuk sebilangan penulis. Juga menjadi sumber ilham kepada jurugambar atau pelukis. Ringkasnya, terlalu sarat mesej yang boleh dibawa oleh Bulan.

Pagi ini, aku berbicara dengan seorang ibu muda. Cerita sedih beliau terhadap penderitaan yang ditanggung, ekoran anak kecilnya yang sering, malah terlalu kerap sakit.

Seolah rasa kesal, kekesalannya akhirnya tidak dapat dibendung. Sungguhpun bernasib baik kerana mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab, beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan tekanan, lantas berderailah airmata, terjun deras mengalir ke pipinya. Aku tidak kaget, malah aku kagum. Aku memang menghargai airmata seorang wanita, biarpun setitis cuma.

Aku lantas teringat pada gambar bulan yang aku miliki. Dengan Nikkor Lens 70-300mm yang pernah ku pasangkan pada body Nikon tuaku, banyak yang boleh dikiaskan pada gambar bulan aku, selari dengan nasib yang menimpa ibu muda tersebut. Cuma aku tak larat mengolahnya ketika ini..

Wednesday, February 18, 2009

Tenggelam


Kita datang ini, hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik, kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini, kosong tangan, kosong dada
Bila pulang nanti, bawa dosa, bawa pahala

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga tenggelam lemas terkapai membuai
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini, satu roh satu jasad
Bila pulang nanti, bawalah bakti, padat berkat


Jek PKPSDOS
(Pinjam Karya Pak Samad Dan Olah Sikit)

Monday, February 16, 2009

Berlabuh


Dalam perjalanan yang memeritkan, ini
Seringkali aku harus berlabuh
Mencari dan mengisi kembali
Bekal untuk perjalananku seterusnya

Mencari dan mengisi kembali
Seringkali berakhir dengan kekecewaan
Kerna tipisnya semangat dan keazaman
Tambah, diganggu gugat kebobrokan akhir zaman


Jek S.R.T
(S=Sarapan, R=Roti, T=Telur)

Pangkal Jalan


Aku ingin kembali, ke pangkal jalan
Aku ingin kembali, mencari Tuhanku.
Aku ingin kembali, tawadduk padaNya
Biarpun aku sedar, langkahku amat longlai

Aku terlalu kepenatan
Digonggong anjing anjing materialis
Dikejar babi babi kemewahan
Dibelenggu serakahku sendiri ...

Aku keseorangan,
Jalan merah, kotor
Bahaya di sana sini
Aku tetap ingin kembali ...


Jek M.u
(M.u = Merapu)